Memahami risiko yang terlibat
Contracts for Difference (CFD) adalah produk derivatif kewangan berleverage yang membolehkan pedagang membuat spekulasi mengenai kenaikan atau kejatuhan harga pasaran kewangan global, seperti saham, indeks, dan komoditi tanpa memiliki produk asas. Disebabkan risiko produk kewangan berleverage yang tinggi, adalah mungkin bahawa kerugian boleh melebihi deposit awal anda.
Di LCG kami memberi penekanan utama kepada pendidikan, bagi membantu anda memahami risiko yang terlibat dan membuat keputusan perdagangan berdasarkan maklumat.
Jika anda masih baru kepada dagangan anda mempunyai pilihan untuk membuka akaun demo LCG bagi mempelajari asas-asas dan amalan perdagangan tanpa risiko.
Mengenai Leverage
CFD adalah produk berleverage, yang memberi anda pendedahan kepada pasaran dengan hanya mendepositkan peratusan nilai penuh dagangan yang anda ingin laksanakan.
Walau bagaimanapun, leverage berfungsi dengan dua cara. Ini bermakna walaupun anda berpotensi menjana keuntungan sekiranya pasaran memihak kepada anda, jika berlaku sebaliknya anda juga boleh mengalami kerugian besar melebihi deposit awal anda.
Jika anda masih baru kepada produk dagangan berleverage anda mempunyai pilihan untuk membuka akaun demo percuma LCG bagi membiasakan diri anda dengan prospek dagangan berleverage.
Keberkesanan penggunaan pengurusan risiko
Pengurusan risiko yang betul adalah penting untuk dagangan. Tidak kira sama ada anda pedagang baru atau pedagang berpengalaman, kepentingan pengurusan risiko tidak boleh dipandang ringan. Berikut adalah beberapa faktor penting untuk dipertimbangkan apabila melibatkan risiko dan pengurusan wang:
Apabila berdagang CFD dengan LCG, anda mempunyai akses kepada pelbagai alat pengurusan risiko. Ini boleh membantu anda mengurus pendedahan risiko dan meminimumkan kerugian, sebelum anda menempatkan dagangan.