Platform LCG Trader kami menawarkan, pengalaman perdagangan yang dipercayai serta pakej pencartaan bertaraf dunia.
LCG Trader merupakan platform berasaskan web generasi baru yang direka khas untuk mengendali ribuan aset sekaligus. Ia membolehkan anda melakukan dagangan di kesemua 7000 instrumen ke atas pelbagai kelas aset secara terus dari pelayar web anda. Dicipta khas untuk dunia brokeraj pelbagai aset, LCG Trader membolehkan anda melakukan dagangan ke atas aset LCG dengan mudah, di mana saja anda berada dan di semua alat peranti. Dagang forex, saham, indeks, spot logam, niaga hadapan, bon dan kadar faedah dengan LCG Trader.
Dunia moden yang saling berkait membawa permintaan yang unik kepada pedagang. Sambungan internet secara 24/7 membolehkan kami sentiasa berhubung dan menerima maklumat yang mempengaruhi aset yang didagang. Kebolehan untuk mengurus posisi dagangan anda di mana saja anda berada adalah sesuatu yang tidak ternilai. LCG Trader membolehkan anda melakukan ini dari pelayar mana-mana peranti, dengan fungsi penuh platform desktop.